Monday, 25 May 2015

Seramai "12,000 Ahli UMNO Pahang" Nyatakan Sokong PM !







KUANTAN: Seramai 12,000 ahli UMNO Pahang menyatakan pendirian untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran yakin dengan pentadbiran yang dipimpin oleh Perdana Menteri.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah berkata anak muda di negeri tersebut tidak suka akan kenyataan individu yang lebih dilihat kearah mengadu domba dan fitnah atas kepentingan peribadi.

"Kita mengabungkan dan menguatkan seluruh bahagian di Pahang dan seramai 14 bahagian di negeri ini menunjukkan sokongan.











"Sokongan pada hari ini dapat dilihat apabila anak muda lebih cenderung menyokong Perdana Menteri dan sememangnya inilah yang harus di bawa oleh masyarakat," katanya.










Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Himpunan Solidariti 14 di perkarangan Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.









Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Pahang dan disokong oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang dan dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.











Menurutnya, golongan dewasa perlu melihat sokongan yang tidak berbelah bahagi diberikan golongan muda terhadap Najib berikutan masa depan negara di tangan golongan muda.










"Datuk Seri Najib secara sendirinya datang daripada pemuda dan pemuda Pahang hari ini menunjukkan pada hari ini adalah tradisi pemuda yang sebenar.













"Pemuda yang sebenar adalah pemuda yang kehadapan apabila adanya krisis rakyat kepada pemimpin," katanaya.



Dalam pada itu, Najib ketika berucap berkata beliau telah mendapat kepercayaan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus kekal sebagai pemimpin di Malaysia.

Katanya, selain sokongan dari Tuanku, sokongan penyokong kuatnya di Pahang, terus menguatkan iltizam beliau untuk terus memimpin negara.

"Tuanku Sultan Ahmad Shah pun dah buat kenyataan awal lagi. Tuanku cakap apa? Titah Tuanku, Pahang sokong sepenuhnya, daripada Raja sampai rakyat biasa.

"Kita jaga kawasan kita. Kita hendak Pahang ini terus jadi kubu. Ada orang hendak mengancam kita. Ada orang hendak meracun akar kita, pastikan pokok kita terus tegap teguh," ujarnya. #sumber

No comments:

Post a Comment