SELSDON: Seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun dipenjara selama lapan bulan apabila didapati bersalah membuli seorang remaja lelaki.
Menerusi sebuah paparan klip video lebih dua minit, remaja itu dikatakan membuli, mengugut sebelum menumbuk wajah lelaki tersebut.
Remaja perempuan berambut perang dan mengenakan uniform sekolah itu dikatakan menarik kolar seorang budak lelaki yang bersaiz lebih besar daripadanya sebelum membuli dan menumbuk muka lelaki itu.
Video itu bukan sahaja mendapat perhatian dan kritikan netizen malah ia juga menarik perhatian pihak berkuasa.
Hakim Majistret Ken Ashken, menjatuhkan hukuman ke atas remaja tersebut di Mahkamah Belia Croydon semalam sebaik gadis itu mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan.
“Ia merupakan satu serangan yang melampau, lebih-lebih lagi apabila kita lihat lawannya tidak membalas serangan tersebut.
“Walaupun dengan umur kamu yang muda, kami anggap ia satu serangan yang serius,” katanya lagi.
Video tersebut dikatakan tersebar secara meluas di laman sosial dan ditonton oleh lebih 2.7 juta pengguna Facebook. #sumber
No comments:
Post a Comment