PEKAN: Dalam usahanya meyakinkan rakyat yang beliau masih perlu kekal sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu orang ramai beliau mendapat kepercayaan dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus memimpin negara.
Katanya, sokongan Tuanku di samping sokongan penyokong kuatnya di Pahang, menguatkan iltizam beliau untuk terus memimpin negara walaupun berdepan tindakan "meracun akarnya" di Pahang.
"Kita jaga kawasan kita. Kita hendak Pahang ini terus jadi kubu. Ada orang hendak mengancam kita. Ada orang hendak meracun akar kita, pastikan pokok kita terus tegap teguh.
"Alhamdulillah semua sokong kita," katanya sewaktu bercakap kepada penyokongnya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang tadi.
"Tuanku Sultan Ahmad Shah pun dah buat kenyataan awal lagi. Tuanku cakap apa? Titah Tuanku, Pahang sokong sepenuhnya, daripada Raja sampai rakyat biasa.
"Terima kasih, saya rasa amat terharu. Percayalah dengan mandat ini saya akan buat yang terbaik untuk Pahang dan negara kita yang tercinta.
"Terima kasih atas sokongan yang cukup mengkagumkan ini," beliau berucap di pangkalan udara Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuantan. #sumber
No comments:
Post a Comment