Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang melawat tapak perkhemahan pada Ahad, menyifatkannya sebagai lokasi sesuai dijadikan tempat pelancongan dan mempunyai kemudahan yang lengkap.
"Semuanya masih utuh. Terdapat surau, masjid kayu, rumah untuk seorang imam, ladang sayur-sayuran dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa tulisan Thai di dalam masjid.
"Biar pelancong melihat semua yang berlaku. Apabila tempat ini dijadikan sebagai tempat pelancongan yang baru, ia akan menghalang aktiviti penyeludupan manusia," kata beliau.
Tambah beliau, sepanjang perjalanan selama sejam itu mendapati ada tin minuman alkohol jenama Thai dan permainan kad menunjukkan terdapat komuniti besar yang tinggal di sini.
"Saya tidak fikir kem telah dibina oleh rakyat Malaysia kecuali mereka komunis. Struktur khemah yang dibina daripada tenaga pakar.
"Saya menyeru kepada pihak polis agar melakukan siasatan segera terhadap kem ini dan mendedahkan bahawa ia bukan dibina oleh rakyat Malaysia.
"Mengenai perancangan untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan, saya akan berbincang dengan pihak polis dan kerajaan negeri mengenai pemeliharaan struktur semula," katanya. #sumbet
No comments:
Post a Comment