Tuesday, 26 May 2015

Lip Lip Eng: Najib "Lindungi CEO 1MDB", Dari Siasatan PAC !


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan keistimewaan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila meminta lanjutan masa bagi menghadiri mesyuarat Jawatan Kuasa Kira-kira Awam (PAC) bagi menyiasat masalah syarikat tersebut.

Katanya, adalah pelik apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy mengalu-alukan sisasatan PAC ke atas syarikat tersebut namun dilaporkan mahu menangguhkan siasatan.

“Sekiranya mereka begitu teruja untuk menyampaikan cerita dari pihak mereka, kenapa jenuh benar sehingga memerlukan notis 30 hari terutama apabila notis pada semua kementerian adalah dalam jangkamasa dua minggu, malah kadang-kadang lebih singkat lagi. Apa yang istimewanya 1MDB,” katanya.

Semalam,  Arul Kanda yang juga Presiden 1MDB dilapor tidak akan menghadiri mesyuarat  PAC mengenai syarikat itu yang dijadual hari ini. Perkara itu disahkan pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sebelum ini, Arul dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Halmig dilapor akan memberi keterangan tetapi meminta lanjutan masa.

Menurut Lim, kedua individu itu meminta penangguhan sekurang-kurangnya 30 hari untuk menyediakan maklumat dan dokumen yang diminta oleh PAC.

Lim juga mempersoalkan adakah mereka ini dilindungi Perdana Menteri kerana sehingga kini masih belum disiasat oleh pihak bertanggungjawab.



“Sebenarnya adakah mereka ini dilindungi Perdana Menteri Najib Razak?
“Adakah itu sebabnya mereka begitu berani dan selepas beberapa bulan pun masih belum disiasat polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia?,” soalnya.

Selain itu, Lim juga berkata PAC wajar mengambil tindakan terhadap 1MDB di atas penghinaan mereka terhadap institusi Parlimen serta sikap mereka yang meremehkan tanggungjawab terhadap dana berbillion ringgit.

“PAC wajar menggunakan peruntukan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan mendenda kedua-dua individu terbabit RM1000 setiap hari atau membuat tangkapan ke atas mereka sehingga mereka hadir ke siasatan Jawatankuasa,” katanya. #sumber

No comments:

Post a Comment