Thursday, 28 May 2015

Tubuh Jawatankuasa Percepat Projek Jalan Jerantut-Benta !


KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Dato' Wan Amizan bin Wan Abdul Razak (foto) mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mempercepatkan projek jalan Jerantut-Benta. 

Pada sessi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang semalam Wan Amizan mencelah sessi penggulungan yang telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri.

"Apakah status Projek Jalan Jerantut-Benta-Maran dalam RMK 11. Projek Jalan Jerantut-Benta-Maran  yang telah dirancang sejak RMK 9 telah terbengkalai pelaksanaannya. Status projek tersebut adalah dalam keutamaan dan dimasukkan ke dalam RMK 11 namun kelulusan projek itu belum lulus lagi", katanya.

Beliau turut mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang supaya Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas memanggil semua ADUN-ADUN yang terlibat melibatkan dalam tiga kawasan parlimen iaitu parlimen Lipis, Jerantut dan Maran menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi mendapatkan kelulusan dan mempercepat Projek Jalan Jerantut-Benta.

"Negeri Pahang besar dan luas. Semua daerah dan bandar ke bandar perlu jalinan jalanraya yang baik. Semua perlu dipertimbang sebagai keutamaan", tambah beliau lagi

Beliau turut berhujah keutamaan Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran perlu bagi menghubung sebuah bandar ke sebuah bandar yang lain.

Pengalaman beliau bagi mendapatkan kelulusan Projek Jalan Fasa 1 Ulu Tembeling dari Kg Tuit ke Kg Pagi sebanyak RM121 juta dan tambahan kelulusan Projek Jalan  Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang sebanyak RM280 juta mendapat kelulusan hasil sokongan kuat Menteri Besar Pahang. #sumber

No comments:

Post a Comment