KUANTAN: Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob hari ini memberi kata-dua tegas kepada para pelombong serta operator pengeluaran bahan mineral ‘bauxite’
Sama ada patuh kepada segala syarat baharu yang lebih ketat yang Kerajaan Negeri perkenal dan kuatkuasakan serta-merta; atau, hadapi tindakan pengharaman sepenuhnya aktiviti itu di negeri ini.
“Kerajaan Negeri memberi amaran keras kepada semua kontraktor, pelombong supaya mereka berhati-hati, menjaga kebersihan. Kalau tidak, kita akan tutup semua sekali,” kata tegas Dato’ Sri DiRaja Adnan pada persidangan media tengah hari tadi.
“Kerajaan Negeri amat sedar tentang kesulitan yang dialami oleh orangramai terutama sekali pengguna jalanraya, dan juga penduduk-penduduk kampung yang berhampiran, yang jalanraya melalui kampung mereka dilalui oleh lori-lori yang membawa ‘bauxite’,” katanya lagi.
Antara syarat-syarat baharu itu ialah memestikan pelombong dan kontraktor menyediakan terlebih dahulu ‘deposit’ dalam amaun yang bersesuaian, yang bakal Kerajaan Negeri tentukan.
Selain mewajibkan mereka mencuci kenderaan – lori pengangkut bahan mineral berwarna kemerahan itu, terlebih dahulu, sebelum boleh meneruskan perjalanan di atas jalan menuju ke Pelabuhan Kuantan untuk pengeksportan.
Juga menetapkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan memperbaharui lesen-lesen berkenaan ke atas kenderaan milik pelombong dan operator terbabit, selagi mereka tidak membayar keseluruhan kompaun yang dikenakan atas kesalahan-kesalahan berkaitan pengangkutan bahan mineral itu.
“Kita akan jadi lebih ‘strict’. Kita berharap, orangramai tidak akan berasa bimbang lagi dan kalau ada apa-apa ‘complaint’, boleh dipanjangkan kepada Kerajaan, kepada Menteri Besar sendiri, Dato’ Sri SS.
“Dan saya juga berharap, pihak industri di Gebeng jangan berasa terperanjat atau berasa gawat. Kerajaan dalam proses untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin mengambil sedikit masa untuk mendapat kesannya,” katanya.
Ini semua menjunjukkan keprihatinan tinggi Kerajaan Negeri atas gejala tersebut. Tidak pula mengenepikannya sahaja lalu selesa berada dalam 'state of denial'. Namun, gejala tetap berterusan yang sebahagian besarnya haruslah diletakkan beban kesalahan itu kepada operator-operator berkenaan juga.
No comments:
Post a Comment