Thursday, 28 May 2015

Operasi Jejaki Lori Bauksit Langgar Syarat Di Perhebatkan !


KUANTAN: "Nampaknya kerajaan sudah mula bertindak tegas terhadap lori-lori bauksit yang didapati melanggar peraturan ditetapkan... ini satu perkembangan yang amat baik untuk rakyat", kata Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) hari ini.

Beliau berkata demikian, bagi memberi respon terhadap janji Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob bahawa kerajaan negeri akan bertindak lebih tegas sekiranya pengusaha lombong gagal mematuhi arahan terbaru yang ditetapkan.



Pada sidang media khas di Wisma Sri Pahang baru-baru ini, Adnan ada memberi kata dua kepada para pengusaha lombong berikutan isu pencemaran alam sekitar yang semakin kritikal akibat aktiviti perlombongan bauksit sekarang ini.



Mengulas lanjut, Shukri berkata beliau amat berharap agar kerjasama dapat diberikan oleh para pengusaha lombong demi kesihatan penduduk setempat. "Para pengusaha lombong  perlu akur dengan enam syarat baru yang lebih ketat seperti yang dimakulmkan oleh Kerajaan Negeri Pahang baru-baru ini. Kita tidak mahu aktiviti ini terus menghantui jiwa rakyat yang tidak berdosa.. Cuma harapan saya agar penguatkuasaan dijalankan secara berterusan dan tidak bermusim seperti yang didakwa sesetengah pihak.



Dilaporkan  penguatkuasaan yang ketat telah dijalankan oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pahang (PTG), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokas-lokasi yang berkenaan. Sumber Foto: Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM)



Ternyata kerajaan sedaya upaya melaksanakan segala kuasa yang ada untuk memastikan kesejahteraan rakyat Kuantan. Shukri juga menggesa para penduduk bersabar dan berdoa semoga tindakan kerajaan ini akan memberi hasil yang positif kepada kehidupan mereka di masa hadapan hendaknya. #PDONEWS

No comments:

Post a Comment