Dipercayai bahawa tapak perkhemahan 'baharu' itu berusia dua tahun lebih tua berbanding 27 kem penyeludupan manusia ditemui oleh pihak berkuasa.
Apa yang tinggal kini adalah kepingan buluh, kayu dan plastik yang bertaburan.
Memanggilnya sebagai tapak perkhemahan yang mungkin menjadi kurang tepat. Ini kerana tiang dan dindingnya penuh berselirat dengan dawai-dawai.
Di bahagian sudut, kolah mandi dapat dilihat di atas sangkar kayu yang cukup besar untuk memuatkan seekor beruang kutub.
Tapak perkhemahan itu dipercayai telah dimusnahkan dengan sengaja oleh penyeludup manusia.
Polis sedang menyiasat hubungan antara tapak ini dengan kem-kem lain yang ditemui.
Pada Isnin dilaporkan bahawa polis Malaysia telah menemui 139 kubur dan 27 kem penyeludupan manusia di Padang Besar. #sumber
No comments:
Post a Comment