Wednesday, 27 May 2015

Sidang DUN Di Tangguh, "Gas Bocor" Di Wisma Sri Pahang !


KUANTAN: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dihentikan serta-merta selepas berlaku kebocoran gas di blok bersebelahan (Bangunan SUK), Rabu.

Beberapa wakil rakyat dan pembantu mereka bergegas untuk memeriksa kekecohan dan kedengaran siren kebakaran berbunyi kira-kira pukul 11.30 pagi.

Dua kakitangan Unit Komputer, Tingkat Enam bangunan terbabit dikejarkan ke hospital kerana pengsan akibat mengalami kesukaran bernafas gara-gara kebocoran gas yang berlaku.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kedua-dua kakitangan, berusia 40-an mendapat bantuan daripada rakan sekerja untuk turun ke bawah.
"Terdapat kira-kira 12 kakitangan di dalam premis itu dan beberapa orang mengalami pening dan loya.
"Kami telah memindahkan semua kakitangan di tingkat itu sebagai langkah berjaga-jaga," katanya di tempat kejadian.

Tingkat 6 juga menempatkan pejabat kewangan negeri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata salah seorang kakitangan hampir pengsan dan kawasan itu dikepung untuk pemeriksaan menyeluruh. #sumber

No comments:

Post a Comment