Tarikh Dan Lokasi Festival Floria Diraja Putrajaya 2015. Penganjuran festival bunga dan taman terbesar di Malaysia kembali lagi pada musim persekolahan tahun 2015 ini. Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Royal FLORIA Putrajaya 2015 bermula dari 30 Mei sehingga 7 Jun 2015. Lokasi Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 adalah di Anjung Floria, Presint 4 dan festival akan diuruskan oleh anak syarikat milik penuh PPj iaitu Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB). Tema kali ini adalah Alunan Pancarona. dengan menampilkan bunga lili sebagai tema utama. Bunga lili menjadi pilihan utama kerana mempunyai pelbagai spesies yang menghasilkan warna yang indah dan menarik.
Penyertaan peserta antarabangsa pada tahun ini dijangka melebihi 50 orang yang terdiri daripada pereka bunga dan arkitek landskap seperti dari Australia, Kemboja, Kanada, China, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Oman, Singapura, Korea Selatan dan New Zealand. Buat pertama kalinya juga, Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk akan dipamerkan di negara ini, sekali gus memberi simulasi taman Eropah pada musim sejuk beserta salji.
Penganjuran Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 yang masuk edisi kelapan akan mempamerkan lebih 400,000 pokok daripada pelbagai spesies, kultivar bunga serta tanaman hiasan bakal ditampilkan di tapak pameran seluas 11.2 hektar. Lebih 300 aktiviti harian akan diadakan sepanjang sembilan hari festival itu berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.Penyertaan peserta antarabangsa pada tahun ini dijangka melebihi 50 orang yang terdiri daripada pereka bunga dan arkitek landskap seperti dari Australia, Kemboja, Kanada, China, Hong Kong, India, Itali, Jepun, Oman, Singapura, Korea Selatan dan New Zealand. Buat pertama kalinya juga, Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk akan dipamerkan di negara ini, sekali gus memberi simulasi taman Eropah pada musim sejuk beserta salji.
Untuk memudahkan pengunjung, kaunter tiket masuk akan dibuka dua hari sebelum Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 berlangsung iaitu dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.
Jadual Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Tarikh: 30 Mei 2015 sehingga 7 Jun 2015
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 malam (Isnin- Ahad)
Lokasi: Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
Tiket masuk : RM5.00 Dewasa MyKad
RM1.00 Kanak-kanak MyKid
Pembelian Tiket: Kaunter tiket atau pas kemasukan akan dibuka bermula pada 28 Mei 2015
Laman web : http://www.floriaputrajaya.com.my/
No comments:
Post a Comment