Tuesday, 26 May 2015

Pemerdagangan Manusia, Penguatkuasa Di Syaki Terlibat !


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyaki penglibatan segelintir anggota penguatkuasa dalam kegiatan pemerdagangan manusia susulan penemuan kubur dipercayai warga asing di Padang Besar, Perlis pada Isnin.
Beliau berkata, segelintir anggota penguatkuasa bukan sahaja bekerjasama dengan rakyat tempatan tetapi mempunyai rangkaian antarabangsa di Thailand, Bangladesh dan Myanmar.
"Segelintir anggota penguatkuasa disyaki terlibat, tetapi kami sedang bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan yang sepatutnya memantau kawasan tersebut termasuk sempadan Malaysia-Thailand.


"Bagaimanapun, saya perlu berbincang perkara tersebut dengan menteri berkaitan," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, setakat ini, polis masih menyiasat punca sebenar kematian pelarian tersebut.
"Kami tidak nafikan kemungkinan pelarian itu dibunuh," katanya.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz berdekatan  Wang Kelian, Perlis.

Pihaknya juga menemui satu mayat yang hampir reput dan 28 khemah dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan  manusia yang ditinggalkan sejak beberapa bulan lalu.

Penemuan itu adalah susulan Op Wawasan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu. #sumber

No comments:

Post a Comment