Thursday, 28 May 2015

Kebakaran Di LPT, Ramai Kecewa Jalan Tak Di Lencongkan !


BENTONG: Satu kejadian kebakaran besar akibat kemalangan telah terjadi di KM47.1 Lebuhraya Pantai Timur laluan Bukit Tinggi ke Genting Sempah awal pagi tadi. Kejadian melibatkan sebuah lori itu menyebabkan kesesakan lebih lapan kilometer di lebuhraya terbabit.


Laporan dari media sosial mendakwa, ramai pengguna LPT kecewa dengan ketiadaan maklumat awal sebelum mereka memasuki Plaza Tol Bentong berkenaan kemalangan terbabit. Menurut seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Kuala Lumpur, beliau hari-hari menggunakan laluan tersebut untuk pergi balik ke tempat kerja.


"Sepatutnya Aneh Berhad (MTD) meletakkan papan tanda atau pun melencongkan pengguna jalanraya ke jalan lama Bentong - Kuala Lumpur.. Ini kerana kemalangan terbabit berlaku sekitar jam 4.00 pagi tadi.. Kealpaan mereka menyebabkan ramai gagal sampai ke Kuala Lumpur tepat pada waktunya seperti biasa... Kesesakan lebih 8 kilometer amat menyeksakan orang seperti saya yang banyak komitmen untuk dilaksanakan", kata beliau.



Sewajarnya Aneh Berhat dan MTD memaklumkan lebih awal kepada pengguna jalanraya agar mereka tidak masuk melalui Plaza Tol Bentong. Jangan hanya fikirkan keuntungan semata-mata sedangkan ia jelas menyusahkan orang ramai sebenarnya. #PDONEWS

No comments:

Post a Comment