Tuesday, 26 May 2015

Bauksit: "Enam Syarat Baharu" Perlu Di Patuhi Pelombong !


KUANTAN: Semua pelombong bauksit di sini perlu mematuhi enam syarat bahara yang lebih ketat teah  ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. 

Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail (foto) ketika memberi taklimat kepada Menteri Besar Pahang dan media mengenai langkah-langkah baharu yang lebih tegas yang akan diambil untuk menangani isu bauksit di Wisma Sri Pahang semalam

 Enam (6) langkah tersebut ialah:-

# Pertama; Mengawal rapi pengeluaran dan pelaksanaan MOL (Mining Ore License) oleh operator-operator.

Menurut Dato’ Sri Muhammad Safian, “Dato’ Sri (DiRaja Adnan) sendiri tidak bercadang untuk hendak ‘stop’ 100 percent, sebab banyak yang bergantung, mencari makan pada MOL ini. Tetapi kita akan mengambil tindakan yang ‘strict’ sikit.

“Maknanya, setiap MOL yang kita (hendak) luluskan kita akan tengok sama ada dia menjalankan aktiviti melombong ataupun tidak. Kalau dia menjalankan aktiviti melombong, kita terpaksa membatalkan MOL dia”.

# Kedua; Tindakan tegas ke atas lombong-lombong haram yang telah dikenalpasti lokasinya, dengan menyita peralatan melombong termasuklah jentera-jentera seperti jengkaut (excavator) milik operator berkenaan.

Ada lima (5) kawasan lombong haram utama yang dikenalpasti iaitu di Rancangan Tanah Felda Bukit Goh yang melibatkan tanah-tanah milik; satu lagi juga di rancangan tanah itu menghala ke Bukit Sagu;

Di kawasan belakang Taman Dato’ Rashid, dan, di kawasan belakang Bandar Damansara Kuantan – kedua-duanya bersebelahan Jalan Kuantan-bypass; dan, di kawasan belakang Aspa Cottage berhampiran sempadan Kuantan-Kemaman.

# Ketiga; Sekatan jalanraya bersepadu PTG-PDRM-JPJ-Jabatan Mineral dan Geosains-JAS-Rela terus dilaksanakan. Tetapi, ekoran kekurangan pegawai penguatkuasa, lokasinya dikurangkan daripada lima (5) yang sedia ada, kepada tiga (3) iaitu masing-masing satu;

Berhampiran jalan masuk ke Rancangan Tanah Felda Bukit Goh, berhampiran jalan menuju ke Rancangan Tanah Felda Bukit Sagu-Bukit Kuantan-Jabor-Jerangau, dan, jalan  masuk ke Pelabuhan Kuantan.

# Keempat; Waktu pertukaran syif yang seragam pada jam 6 petang oleh pasukan-pasukan penguatkuasa terlibat, akan dipelbagaikan bagi mengelak kelonggaran dalam penguatkuasaan dalam tempoh pertukaran masa syif tersebut.

“Sebagai contoh, Polis akan bertukar pada pukul 6 petang, JPJ mungkin pukul 5, PTG mungkin pukul 4. Jadi, tak sama. Maknanya, pada setaip masa, akan ada pegawai-pegawai yang bertugas (yang mencukupi),” kata Dato’ Sri Muhammad Safian.

# Kelima; Lori-lori pengangkut ‘bauxite’ hanya dibenar memasuki Pelabuhan Kuantan menerusi Pintu B sahaja (yang terletak lebih hampir ke Sungai Ular) manakala Pintu A (berhampiran Kampung Selamat), tidak lagi dibenarkan sebagai laluan masuk mereka.

Aktiviti ‘stockpile’ dalam kawasan Pelabuhan Kuantan juga akan dikurangkan termasuk dalam melaksanakan kerja-kerja mencuci kenderaan, yang setakat ini dikesan menjadi punca kepada kejadian ‘laut merah’ di perawiran pelabuhan tersebut.

“Barangkali, (pengurusan) Pelabuhan Kuantan boleh beritahu kita apa tindakan yang akan diambil. Pokok-pangkalnya, tidak ada aktiviti cucian dilakukan untuk mengelakkkan air terus mengalir ke laut hingga mengakibatkan fenomena laut merah tadi,” kata Dato’ Sri Muhammad Safian lagi.

# Keenam; Permit 4C yang dikeluarkan kepada operator, tidak lagi boleh digunakan untuk maksud mengeksport tetapi terhad kepada kerja-kerja untuk menambun tanah sahaja.

“(Permit) 4C ini bermakna, kita beri kebenaran untuk mengangkut bahan batuan di atas tanah milik untuk kerja-kerja menambun sahaja, bukan bertujuan untuk mengeksport,” katanya lagi.




Antara yang turut hadir ialah Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Dato’ Azizan Ahmad; Presiden, Persatuan Pengusaha-pengusaha Bijih Besi Negeri, Tengku Dato’ Zulkifli Tengku Ahmad;


Ketua Polis Negeri, Timbalan Pesuruhjaya Kanan, Dato’ Sri Sharifuddin Ab Ghani; Pegawai Daerah Kuantan, Dato’ Norhayad Ahmad; Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuantan, Dato’ Zulkifli Yaacob; Pengarah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri, Encik Rusli Che Husin; dan, Pengarah JPJ Negeri, Encik Mark Ujin. #sumber

No comments:

Post a Comment