JENGKA: Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman bersama Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mengiringi peneroka felda menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengawal Wilayah Jengka, Dato' Shaari Din pada 25 Mei lalu.
Didahamkan tindakan iti berikutan Felda akan menguatkuasakan wang tahanan 20% kepada peneroka yang menjual hasil ke kilang sawit mulai Jun ini. Ia bertujuan memudahkan Felda menolak hutang peneroka seperti Kos Tanam Semula, pinjaman rumah dan lain lain.
"Saya agak terkilan dengan persepsi negatif Dato' Shaari Din. Beliau menganggap kehadiran saya dan Dato' Tuan Ibrahim mencampuri urusan Felda dan kononnya ada kepentingan politik. Sepatutnya, sesuatu peraturan di buat dengan teliti. Di bawa berbincang terlebih dahulu. Pengurus Felda jangan ego dengan arahan di peringkat Ibu Pejabat Felda. Bila arahan di muktamadkan tanpa mengambil kira hujah peneroka, rasa tidak puashati pasti berlaku. Ini bukan cerita 20-30 tahun dulu, di mana peneroka mesti jadi pak turut semata mata", Kata Mazlan.
"Sepatutnya pengurusan Felda ucap terimakasih kepada ANAK kerana kita menjadi orang tengah untuk selesaikan masalah. Jika tidak, macam macam boleh berlaku; nama baik Felda terus tercalar sampai bila bila. Adalah kolot jika mereka buat 'musuh' kepada pihak yang ingin membantu dan menjalinkan kerjasama", tambah Mazlan lagi. #sumber
No comments:
Post a Comment