PETALING JAYA: Harga semua jenis minyak naik 10 sen seliter berkuatkuasa 12 tengah malam, 1 Jun.
Menerusi laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada malam Ahad, minyak RON 95 yang dijual pada harga RM1.95 akan dinaikkan kepada RM2.05 seliter.
Manakala bagi RON97 dan diesel yang masing-masing dijual pada harga RM2.25 dan RM1.95 seliter dinaikan kepada RM 2.35 dan RM 2.05 seliter.
Ketika dihubungi, Menteri Datuk Seri Hasan Malek mengesahkan kenaikan harga bahan api itu.
Ini berikutan keputusan Kementerian untuk menetapkan harga pasaran petrol dan diesel pada apungan terurus , bermula dari 1 Disember tahun lepas. #sumber
No comments:
Post a Comment