Tuesday, 26 May 2015

NGO Angkara Musykil Dakwaan "1,134 Lori Bauksit" Di Sita !


KUANTAN: NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob tentang jumlah lori  yang membawa muatan bauskit yang telah diperiksa dan disita oleh kerajaan. 

Penyelarasnya, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata, kenyataan Adnan ketika ketika menjawab isu yang dibangkitkan oleh Andansura Rabu (PAS-Beserah) semasa membahaskan titah pembukaan sidang dewan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.


Adnan dalam kenyataannya berkata sebanyak 43,278 lori  telah diperiksa dan   1,134 buah lori lagi  disita  dalam tempoh 2 April hingga 23 Mei lepas dalam operasi bersepadu secara berperingkat oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi memastikan para pengusaha dan kontraktor lombong bauksit mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.


"Jika benar dakwaan Adnan itu, saya minta Kerajaan Negeri Pahang nyatakan lokasi lori-lori terbabit di sita?. Setahu saya lor-lori berkenaan telah disita di Pejabat Pengarah Tanah & Galian (PTG) Pahang dan kawasan parkir Komplek Tun Razak di Bandar Indera Mahkota.


Ia berdasarkan maklumat dan siasatan saya ke lokasi yang berkenaan bermula awal April 2015 lalu. Saya dapat melihat hanya sekitar 10 hingga 20 buah lori sahaja yang disita... Dari mana angka 1,134 yang dinyatakan oleh Adnan itu sebenarnya. Saya adalah saksi yang sering menerjah ke kawasan penyitaan berkenaan dan sememangnya saya mempunya bukti-bukti kukuh yang cukup berasas atas kenyataan saya ini.. Saya takut ada pihak yang memberi maklumat tidak betul kepada Adnan untuk dibacakan di DUN Pahang... Angka perlu sama dengan realitinya... Ia sungguh memusykilkan", kata Shukri.


"Saya juga terkejut dengan jumlah angka 43,278 buah lori yang diperiksa oleh pihak kerajaan... Amat tidak logik dan masuk dek akal jumlah sebanyak itu yang berada di Kuantan sekarang.. Bayangkan lori-lori yang membawa muatan bauksit mencecah puluhan ribu lalu-lalang di sekitar jalanraya dan kawasan perumahan terbabit.. Mungkin angkanya tidak tepat seperti dinyatakan... Jika sebanyak itu lori, sudah pasti ia satu malapetaka besar kepada kawasan terlibat.. sudah pasti jalan-jalan yang musnah dan kotor sukar untuk dipulihkan... Kita tidak persoalkan tentang lesen atau permit melombong, tapi cara bahan bauksit terbabit dibawa ke Pelabuhan Kuantan... Ia yang menyebabkan debu, jalan kotor, alam sekitar tercemar dan sebagainya", tambah Shukri lagi


Beliau turut memaparkan beberapa keping gambar lori sita yang sempat dirakamkan pada awal April 2015 yang lalu. Ia menunjukkan dengan jelas hanya beberapa buah lori sahaja yang disita dan tidak sampai pun seratus buah malah seribu buah seperti yang dinyatakan. 

"Jika benar lori yang disita itu 1,134 buah, saya menggesa pihak terbabit mengeluarkan bukti bergambar serta nyatakan lokasi yang berkenaan. Jika tidak saya menyangkal dakwaan Adnan ketika menjawab soalan berkenaan di DUN Pahang baru-baru ini. Saya menggesa Adnan menyiasat maklumat tersebut daripada pihak berkenaan kerana ia menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai sebenarnya", dakwa Shukri hari ini. #PDONEWS

No comments:

Post a Comment