"Penyiasatan awal SPRM yang dibuat setakat ini tidak menemui apa-apa asas kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 oleh mana-mana pihak berkaitan isu yang dibangkitkan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dalam jawapan bertulis parlimen semalam.
Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat tambahan atau bukti-bukti kukuh berkaitan isu itu supaya menyalurkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.
Low (foto) menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban) mengenai status siasatan terhadap pembelian hotel mewah Grand Plaza Kensington Hotel di London, yang didakwa melibatkan pengurusan Felda.
Loke juga bertanya sama ada anak pengerusi kumpulan Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terlibat dalam kes itu.
Bagaimanapun, Low tidak menyebut tentang anak Isa dalam jawapan bertulis itu.
Pada 7 Mac, media melaporkan bahawa anak Isa telah dipanggil oleh SPRM untuk merekodkan kenyataannya. #sumber
No comments:
Post a Comment