PETALING JAYA:Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus menentang pelaksanaan hudud di negara ini.
Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, beliau tidak akan meninggalkan negara ini malah berjuang supaya undang-undang berkenaan tidak dilaksanakan.
"Saya tidak boleh hidup di negara di mana orang mahu memotong tangan atau rejam dengan batu seseorang itu sampai mati. Saya akan terus tinggal di sini dan berjuang," katanya.
Undang-undang hudud diamalkan di negara-negara seperti Arab Saudi.
Di Malaysia, Kelantan mengambil langkah pertama ke arah melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu apabila pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri pada 19 Mac lalu.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355 bertujuan meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah. #sumber
No comments:
Post a Comment