Monday, 18 May 2015

Pasukan Polis Marin 'Tahan Nelayan Asing' Di Laut Pahang !








KUANTAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 berjaya menahan 12 nelayan termasuk warga asing yang sedang asyik menangkap ikan secara haram di dua lokasi berbeza, kelmarin.

Tangkapan pertama kira-kira jam 10 pagi ketika empat nelayan tempayan yang berusia di antara 40 hingga 50 tahun sedang asyik menangkap ikan kira-kira 2.3 batu nautika dari perairan Teluk Cempedak.

Komander PPM Wilayah 3 Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati nelayan berkenaan menggunakan bot tamat tempoh lesen.

Menurutnya, selepas tangkapan itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah lagi bot yang dinaiki lapan warga asing kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Pahang, Pekan.

“Kita berjaya mengejar nelayan di lokasi dan berjaya memintas bot sebelum menahan kesemua mereka untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, semua nelayan yang ditahan bersama hasil tangkapan dibawa ke pangkalan Polis Marin untuk siasatan lanjut manakala dua bot disita sebagai barang kes.


Katanya, empat bot peronda digunakan untuk mengejar dan mengepung bot nelayan berkenaan.

“Operasi mengesan warga asing dan nelayan yang menangkap ikan secara haram itu dilakukan PPM Wilayah 3 , diketuai Deputi Superintendan Zulkiifli Mahmood,” katanya.

Katanya, semua nelayan yang ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985.

Azmi berkata, PPM akan terus melakukan rondaan dari semasa ke semasa di kawasan Rompin dan Pekan bagi mencegah kegiatan pencerobohan nelayan asing di taman laut Pulau Tioman. #sumber

No comments:

Post a Comment