Thursday, 21 May 2015

Zahid "Siasat Dalang Penyebaran" Rakaman Ucapan TPM !









KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sedang menyiasat dalang disebalik penyebaran rakaman ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disebarkan melalui media sosial sejak pagi tadi.





Menurut Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh ketika dihubungi berkata perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku.





“Saya difahamkan Datuk Zahid sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran rakaman tersebut bagi mencari dalang yang merakam dan menyebaran ucapan tersebut.





“Menurut garis panduan yang ditetapkan program latihan seperti itu tidak boleh dibuat sebarang rakaman apatah lagi untuk menyebarkannya kepada umum,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.





Menurut Ab Rauf pihaknya turut kesal atas penyebaran rakaman tersebut kerana modul latihan yang dikenali sebagai KERIS 2314 itu sepatutnya menjadi senjata Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).





“Program dan modul latihan tersebut dirangka dan dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Latihan dan Penyelidikan Umno yang diselia oleh Datuk Zahid.





“Penyebaran rakaman itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan latihan yang diadakan secara tertutup yang diadakan khusus untuk ahli UMNO” katanya lagi.





Terdahulu Muhyiddin dalam satu video yang dimuat naik di Youtube menggesa agar semua ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat bagi menyelesaikan isu tersebut seterusnya mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.














Muhyiddin ketika berucap di program yang diadakan di Janda Baik pada Sabtu lalu berkata, pihak polis seharusnya menyiasat syarikat yang dilaporkan menanggung hutang puluhan billion ringgit.





Menurut Muhyiddin lagi, sekiranya Datuk Seri Najib, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, tidak bertindak dengan segera berkenaan isu ini, tidak mustahil UMNO dan BN akan kalah dalam piliharan raya umum akan datang.





Beliau ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis berkata beliau hanya mengulangi kenyataan tersebut dalam satu majlis tertutup, sambil menyifatkan ia bukan satu perkara yang baru kerana pernah menyatakannya secara terbuka sebelum ini.





Sementara itu menurut portal myKMU, melalui gambar yang dikirimkan terdapat seorang individu telah bertindak merakam ucapan tersebut menggunakan telefon bimbit miliknya.





Walau bagaimanapun, portal tersebut enggan mendedahkan identiti individu tersebut. #sumber


No comments:

Post a Comment