KUANTAN:Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) memilih Ustaz Hazmi Dibok sebagai ketuanya bagi sesi 2015-2017.
Dalam mesyuarat yang diadakan di dewan Darul Fikri Batu 8 Jalan Gambang di sini Ahad lalu, turut mengekalkan Ustaz Fadhli Ibrahim sebagai Timbalan danUstaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin sebagai naib.
Ketiga-tiga jawatan tertinggi tersebut dimenangi tanpa bertanding.
Hazmi yang sebelum ini memegang jawatan naib ketua pada sesi lepas menggantikan Ustaz Nazri Ahmad yang melepaskan jawatan berikutan usia 40 tahun.
Mesyuarat yang dirasmikan oleh ADUN Tepoh Hishamudin Abdul Karim itu dihadiri 128 orang perwakilan dari 14 kawasan.
Bagi ahli jawatankuasa kerja 10 orang dipilih iaitu Ustaz Azraie Mohd Saballah, Ustaz Ariff Nasation Abd Rani, Ustaz Wan Azlan Wan Adenan, Mohd Shamsuri Hussin, Saiful Saad.
Turut dipilih Nuruldin Ahmad, Ustaz Zarimi Abu Zih, Ustaz Mohd Zaki Ibrahim, Dr. Firdaus Mohd dan Ustaz Roslan Mat Esa. #sumber
No comments:
Post a Comment