KUALA LUMPUR: Sekatan pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap forum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dihadiri ramai mahasiswa merupakan tindakan bacul dan pengecut.
Kata Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Naqiuddin Nazrin, ini kerana pihak keselamatan UIA bertindak sangat biadap merampas mikorofon daripada Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli yang sedang berucap tidak sampai 10 minit.
“Campur tangan pihak atasan menghentikan forum itu juga jelas untuk terus memperbodoh dan menyekat mahasiswa daripada menerima ilmu dan maklumat.
Apakah sebenarnya alasan pihak pentadbiran UIAM menghentikan majlis ilmu semalam perlu dijawab segera oleh pihak universiti,” kata Naqiuddin mengecam keras tindakan itu dalam kenyataan.
Katanya, sekatan majlis ilmu tersebut tidak menggambarkan UIAM yang digelar sebagai ‘Gedung Ilmu dan Keperibadian Unggul’.
Mahasiswa KEADILAN Malaysia mengucapkan syabas kepada pihak penganjur, SRC IIUM dan semua yang terlibat di atas keberanian membudayakan majlis ilmu walaupun berhadapan pelbagai risiko.
Beliau turut memberi amaran supaya UIAM berhenti menyekat maklumat dan ilmu yang disampaikan kerana anak-anak muda serta mahasiswa akan bangkit melawan penindasan tersebut.
“Ingatan kami kepada pihak pentadbiran UIAM, jangan terus memperbodoh mahasiswa. Percayalah apabila disekat maklumat dan ilmu, kebangkitan akan berlaku,” tegasnya. #sumber
No comments:
Post a Comment