Wednesday, 13 May 2015

Pukul: Pelajar Kolej Vokasional Bachok, Direman Tujuh Hari








BACHOK: Seorang pelajar cemerlang Kolej Vokasional Bachok direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh juniornya di asrama kolej tersebut pada kelmarin.


Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Suspek berusia 17 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok kira-kira pukul 8 pagi dengan berpakaian lokap.


Hari ini media melaporkan seorang pelajar kolej terbabit, Mohamad Nur Aqram Zime, 16, maut selepas disepak seniornya pada pukul 11.40 malam di dalam bilik asrama mangsa.


Mangsa meninggal dunia selepas saluran darah di bahagian otak terputus akibat sepakan kuat pada bahagian kanan leher.


Kejadian dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila pelajar tahun satu kolej itu tidak senyum dan memberi salam kepada suspek. #sumber

No comments:

Post a Comment