Wednesday, 13 May 2015

Orang Nombor Dua PAS, Juga Sokong Najib 'Kekal' Jadi PM !







SHAH ALAM: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu turut menyatakan sokongannya supaya Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah yang timbul bukannya berundur melepaskan diri dari masalah tersebut.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Najib kekal menerajui negara.

“Saya setuju apa yang Ustaz (Abdul) Hadi katakan.

“Beliau (Najib) kena hadapi rakyat untuk selesaikan masalah yang timbul,” katanya.

Menurut Mohamad, adalah lebih baik PRU dipercepatkan dan tidak ditangguh bagi membolehkan rakyat membuat pilihan. #sumber

No comments:

Post a Comment