SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa prestasi BN kini lebih teruk berbanding Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebaliknya, beliau yang juga Presiden Umno menegaskan parti itu menang lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding PRU12.
“Pada PRU13, BN menang 11 negeri berbanding sembilan dalam pilihan raya umum sebelumnya. Kita berjaya mendapatkan Kedah, kekalkan Terengganu dan bertambah kuat di Perak.
“Umno menang lebih banyak kerusi pada PRU13 berbanding PRU12,” katanya dalam blognya, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa prestasi BN kini lebih teruk berbanding sebelum ini.
Sementara itu, Najib turut menegaskan, bagi memastikan BN berubah menjadi lebih baik, beliau perlukan masa.
“Insya-ALLAH, program transformasi sedang dilaksanakan yang akan pastikan mereka yang memimpin kerajaan BN mampu merealisasikan janji mereka,” katanya.
Najib dalam blognya hari ini menyenaraikan 13 isu atau tuduhan terhadapnya dan beliau telah menjelaskan kesemua termasuk isu prestasi BN dalam PRU13. #sumber
No comments:
Post a Comment