Monday, 18 May 2015

MP Bakri 'Diancam Bunuh' Gara-Gara Membantu Penduduk








BAKRI: Gara-gara membantu seorang penduduk di kawasannya, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa (foto) menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki.


Suspek dilaporkan menceroboh ke pejabat beliau kira-kira jam 11.15 pagi semalam. Risaukan keselamatan diri, beliau segera membuat laporan polis.


“Lelaki Cina itu telah menceroboh pejabat saya dan ugut untuk datangkan kecederaan dan ingin membunuh saya sambil menggunakan kata-kata kesat terhadap saya,” lapor beliau kepada polis.


Difahamkan, lelaki tersebut mengugut Teck Hwa kerana beliau sering membantu seorang lagi mangsa gangguan lelaki itu.


Sebelum ini, laporan polis dibuat terhadap suspek ekoran perbuatan mengganggu mangsa. Er Teck Hwa dalam laporan polisnya menggesa polis menyiasat suspek yang disyaki mengambil dadah.


“Saya harap polis menyiasat kes ini dan ambil tindakan. Keselamatan pihak saya, keluarga dan pembantu saya terancam,” tambahnya. #sumber

No comments:

Post a Comment