KUANTAN: Satu kemalangan maut berlaku di KM153.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari arah Chenor ke Kuantan sekitar jam 6.00 pagi tadi. Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang melanggar objek gegelung besi rod (untuk buat bangunan) yang terjatuh dari sebuah lori treler.
Akibat kemalangan tersebut, pemandu kenderaan maut di tempat kejadian sementara itu seorang penumpang cedera parah akibat tersepit. Mangsa yang maut ialah Sjn Che Omor Abd Ghani seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD)Bera. Sementara rakannya yang cedera pula dikenali sebagai ASP Zulkifli Nasir. Beliau telah dibawa ke Hospital Sultan Hj.Ahmad Shah (HosHas) Temerloh untuk menerima rawatan lanjut
Kedua-dua mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menghadiri satu mesyuarat di Kuantan. Laluan di lebuhraya terbabit sesak sepanjang lebih tiga kilometer akibat kemalangan yang berlaku. Hanya laluan kecemasan sahaja yang dibuka.
Orang ramai di gesa berhati-hati apabila mengikuti belakang kenderaan berat. Jarakkan kenderaan anda agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi hendaknya. Al-Fatihah buat mangsa berkenaan. #sumber
No comments:
Post a Comment