SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Tun Razak hari ini tampil mengulas kes pembunuhan model sambilan Mongolia, Altantuya Shaaribu, setelah sekian lama dikaitkan dengan isu berkenaan.
Menurutnya, kes tersebut telah selesai dibicarakan dan mahkamah telah memutuskan dan sepatutnya kes tersebut tidak dibangkitkan lagi.
Malah beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang 'mendengar' cerita daripada salah seorang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar, yang telah disabitkan bersalah membunuh Altantuya.
"Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia kes sembilan tahun yang tiada kesudahan apabila asyik 'dikitar' semula oleh pembangkang.
"Ini kes yang panjang di mahkamah, pihak pembelaan boleh beritahu mahkamah semua perkata. Jadi, kenapa kita dengar cakap daripada orang yang telah pun beri kenyataan di mahkamah dan orang yang didapati bersalah?," katanya dipetik melalui blognya, hari ini.
Awal Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan Azilah Hadri namun Sirul berjaya mendapatkan perlindungan di Australia sehingga hari ini.
Dalam catatan sama, Najib menegaskan beliau telah menafikan penglibatannya dalam kes itu beberapa kali sebelum ini termasuk mengingatkan tentang sumpah laknat yang dilakukannya sebelum ini.
"Tidak adil untuk memaksa saya menyiasat kembali kes ini dan mahu tahu siapa jika ada sesiapa yang telah mengeluarkan arahan untuk membunuh. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa mengenainya.
"Mahkamah sudah putuskan siapa yang bersalah, ia sepatutnya akhir cerita ini. Saya rasakan isu ini sangat mengganggu apabila ia kembali dibangkitkan," katanya.
Malah Najib turut mendakwa pembangkang telah memfitnahnya termasuk mengedit gambar Altantuya makan malam bersamanya.
"Dalam politik, banyak isu kerap dimainkan dan ini salah satunya. Sebab dua 'bodyguard' itu pernah bekerja dengan saya dan Razak Baginda kawan saya, mereka cuba kaitkan saya. Razak Baginda telah mengakui mempunyai hubungan dengan Altantuya tapi saya tak tahu tentang itu.
"Pakatan (PR) dan medianya yang tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya. Malah mereka sampai 'superimpose' gambar saya makan malam dengan mangsa di restoran," katanya.
Sirul dan Azilah disabitkan membunuh wanita kelahiran Ulan Bator itu di antara jam 10 malam (19 Oktober 2006) dan 1 pagi (20 Oktober 2006) di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang.
Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pada awalnya didakwa bersubahat telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya. #sumber
No comments:
Post a Comment