KUANTAN:NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini sekali lagi menggesa Kerajaan Negeri Pahang bertindak segera bagi memulihkan kembali imej "Kuantan Indah Lestari" yang kini kian tercemar gara-gara isu perlombongan bauksit yang semakin berleluasa.
Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata kerajaan seharusnya memikirkan masa depan rakyat dan negeri ini dan bukan lagi soal keuntungan semata. Katanya, rakyat tidak terlalu tertekan jika aktiviti perlombongan berlaku di kawasan pendalaman yang jauh daripada penempatan awam. Namun dakwanya, perlombongan bauksit yang menghantui penduduk sekarang ini berlaku di kawasan yang menemparkan ibu negeri Pahang iaitu Kuantan sendiri.
Sebelum ini Pahang Daily pernah mendedahkan isu air sungai-sungai di kawasan berkenaan menjadi merah akibat aktiviti terbabit (foto bawah), kini ia sudah merebak pula ke kawasan pantai dan lautan. Apakah pihak berkenaan masih mahu terus berdiam diri lagi melihat adengan ini agaknya?.
Kenyataan terbaru diblognyaitu juga bimbang dengan senario terbaru yang berlaku sekarang iaitu air laut pantai Kuantan di kawasan Balok dan Pelabuhan Kuantan sudah mula menjadi kemerahan. "Laut Merah kini muncul di Kuantan... akibat lumpur tanah-tanah bauksit yang dibawa melalui sungai ke laut terutamanya ketika hujan melanda. Apa yang berlaku ini amat menyedihkan... alam sekitar kian tercemar dan musnah sama sekali akibat aktiviti perlombongan bauksit yang semakin berleleluasa sekarang ini. Mereka hanya mengejar keuntungan tanpa memikirkan impaknya kepada penduduk setempat", kata Shukri.
"Mana pergi penguatkuasaan Oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) malah Kerajaan Negeri Pahang sendiri?. Apakah senario ini harus terus di biarkan begini?. Ia jelas sekali memalukan terutamanya Kepada para pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke sini (Kuantan)".
"Mohon pihak berkenaan bertindak segera. Jangan biarkan rakyat terus di selubungi derita akibat pencemaran yang semakin kritikal sekarang ini. Dengarlah rintihan rakyat. Caknalah nasib mereka. Jangan hanya fikirkan soal keuntungan semata-mata. Hingga persetankan segala-galanya !!:, tambah kenyataan beliau lagi. #sumber
Sila ke blogwww.cucumatkilau.blogspot.comuntuk melihat lebih banyak gambar-gambar yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment