KUANTAN: Susulan pendedahan panas berkaitan isu "Laut Merah" melanda pantai Kuantan pagi tadi maka banyak gambar berkaitan kini datang mencurah-curah kepada Pahang Daily Online (PDO).
Pengirim mahu ia dipaparkan sebagai bukti betapa kehancuran alam sekitar di Kuantan ini sudah amat kritikal dan perlu diambil tindakan segera. Bersama ini kami paparkan antara gambar berkenaan untuk tatapan pembaca.
Orang ramai mula sedar dan merasa terpanggil untuk bersama-sama mengatasi masalah ini. Berbagai-bagai kenyataan telah dilontar kepada pihak berkuasa yang masih tidak nampak jalan penyelesaian untuk menghadapi situasi ini.
Janji-janji yang dibuat oleh kerajaan semasa pertemuan dengan pengusaha lombong bauksit beberapa bulan lalu kini hanya tinggal janji manis semata-mata.
Begitu juga operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa umpama melepaskan batuk ditangga. Apa yang jelas dapat dilihat, semakin banyak kawasan kini mula ditarah dan digondolkan untuk mengambil hasil galian bauksit.
Persoalannya, sampai bilakah "Kuantan Indah Lestari" akan terus begini?. Ramai yang musykil seolah-olah tiada satu pun kuasa dapat menghalang aktitivi ini sekarang. Bukan sahaja jalan-jalan yang rosak dan kotor, malah sungai dan laut pula kini menjadi mangsa.
Justeru, kementerian yang berkenaan digesa turun padang untuk memantau situasi ini. Buatlah tindakan demi masa depan generasi akan datang. #PDONEWS
No comments:
Post a Comment