JERANTUT: Seramai 50 ahli sebuah parti pembangkang di Tembeling Tengah, kawasan Dun Tahan mengisytiharkan menyertai Umno dalam satu majlis, di Kampung Sungai Putat, di sini.
Mereka dengan rela hati menyerahkan borang keahlian Umno menerusi wakil penduduk berkenaan, Che Mood Saat, 46, kepada seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Abdul Halim Wan Omar.
Ahli baharu Umno berkenaan terdiri daripada bekas ahli sebuah parti pembangkang di Kampung Sungai Putat, Kampung Gajah Mati, Kampung Batu Embun Seberang dan Kampung Lembah Nikmat.
Che Mood berkata, mereka beramai-ramai menyertai Umno secara ikhlas kerana sebelum ini begitu terpinggir daripada aspek kebajikan termasuk ketinggalan dalam pembangunan kampung.
“Lebih mengecewakan kebajikan kami antara yang terbabit dengan musibah banjir tahun lepas langsung tidak dipedulikan oleh parti yang kami sertai sebelum ini malahan kediaman penduduk pun masih belum dibaik pulih.
“Menerusi Umno, kami akan bersatu semula dan mengharapkan bantuan kebajikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di samping menguatkan ukhuwah masyarakat di sini untuk kesejahteraan bersama menerusi transformasi pembangunan kerajaan BN,” katanya.
Menurutnya, pihaknya mengharapkan rakannya yang masih belum membuat keputusan hala tuju dalam parti bertindak lebih cepat berdiri teguh di belakang Umno kerana parti keramat itu sahaja boleh yang memperjuangkan nasib orang Melayu pada masa akan datang.
Sementara itu, seorang belia Sungai Putat, Mohd Lofti Asikim, 23, berkata, dia tidak langsung diberi peluang untuk membina kehidupan yang terancang khususnya menerusi agenda kerajaan.
“Yang kami tahu, kami kerap disuruh memasang bendera bila tiba musim pilihan raya malahan akibat berlainan kepercayaan politik dalam kalangan keluarga menyebabkan belia di sini berpecah,” katanya.
Mohd Lotfi berharap penyertaan dalam Umno membolehkan belia kampung itu bersatu dan diberi peluang latihan kemahiran yang sepatutnya untuk mengubah kehidupan keluarga pada masa akan datang.
Sementara itu, Wan Abdul Halim yang juga Pegawai Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, lebih ramai lagi ahli pembangkang di kampung berkenaan akan menjejaki rakan mereka menyertai Umno pada masa akan datang.
“Insya-ALLAH saya akan kemukakan pelbagai masalah kebajikan penduduk di sini kepada kerajaan khususnya membaik pulih kerosakan serta bantuan tertentu selepas musibah banjir agar mereka kembali pulih sediakala,” katanya.
Menurutnya, Umno Bahagian Jerantut menerusi Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan memfokuskan usaha transformasi pembangunan, perubahan sikap penduduk termasuk belia serta motivasi jati diri agar memantapkan kekuatan Umno di kawasan Tahan untuk persediaan pilihan raya akan datang.#sumber
No comments:
Post a Comment